Skuad

SKUAD BEBAS DENGGI






             Skuad bebas denggi yang ditubuhkan oleh SMK  Taman Tuanku Jaafar
             untuk mencegah aedes disekeliling sekolah. Skuad tersebut dianggotai
             oleh 20 orang pelajar daripada sekolah tersebut. Kerjasama yang diberikan
             amat memuaskan. Semoga skuad ini dapat membantu pihak sekolah.

Forum

FORUM ANTIDENGGI






                      Forum antidenggi yang dianjurkan oleh penyelaras Dengue Patrol
                      Puan Noor Azian Binti Abd Hani dan Puan Hasni Binti Hashim
                      serta pasukan skuad bebas denggi SMK Taman Tuanku Jaafar.

Bicara Pengetua

BICARA PENGETUA




                    Bicara seorang pengetua ketika di temu ramah oleh skuad 
                    antidenggi SMK Taman Tuanku Jaafar. Pengetua memeberikan
                    respond yang baik ketika di temu ramah. Foto di atas menunjukkan
                    seorang pelajar daripada skuad antidenggi bersama guru pembimbing
                    meminta pendapat daripada pengetua cemerlang. 

KEMPEN

KEMPEN ANTIDENGGI







              Temuduga diadakan di persekitaran sekolah bersama guru-guru dan pelajar
              untuk mengedaran pemplet tentang "Dengue Patrol 2015".

Kuiz

KUIZ TERBUKA ANTIDENGGI







              Kuiz sempena pelancaran antidenggi telah diadakan pada 28 Julai
                  2015. Semua pelajar SMK Taman Tuanku Jaafar telah terlibat dalam
                  kuiz secara terbuka ini. Foto diatas menunjukkan beberapa orang pelajar 
                  telah menjawab kuiz tentang antidenggi. Kuiz ini diadakan untuk 
                  menguji minda anak-anak murid di sekolah. Diadakan juga program 
                  5 minit bagi antidenggi. 
       

Aktiviti

Gotong-royong Antidenggi





       Pada 4 Jun 2015, pihak sekolah telah menganjurkan gotong-royong keceriaan
       kelas dan persekitaran sekolah berkenaan tentang antidenggi. Semua 
       pelajar diwajibkan membersihkan kelas masing-masing dan mewujudkan 
       sudut berkenaan dengan isu denggi yang semakin berleluasa. 







         Pelajar-pelajar PPKI turut serta dalam gotong-royong yang 
         diadakan. Mereka  membersihkan kawan kolam ikan di sekolah 
         untuk bebas daripada denggi.

Denggi





Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:
    • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
    • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
    • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
    • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
    • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?


Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.


Apakah penyebab demam denggi?


Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.


Bagaimana cara untuk mencegah denggi?1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

2. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang :
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk :

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak.

Carta Organisasi

               CARTA ORGANISASI

             PENAUNG :
                    TUAN OMAR BIN AHMAD



                    PENGERUSI :
                      ENCIK KALAISELVAM A/L MUNIANDY



                    PENYELARAS :
                    PN NOOR AZIAN BINTI ABD HANI
                    PN HASNI BNTI HASHIM 

                    SETIAUSAHA 1 :
                    NURUL NADHIRAH BINTI FARID ISKANDAR

                    SETIAUSAHA 2 :
                    FARAH NATASHA BINTI MOHD FUAD 

                    AHLI JAWATAN KUASA :
                    NUR SYAZWANI ASYURA
                    NUR HAZWANY
                    FAHIMAH ZAHIRAH 
                    NOOR ALIYA NATASHA
                    NUR FARAHIN
                    IRDINA HASIM 
                    ATIQAH AZHAR
                    AQILAH ISMAHANI
                    ABELIN SARA
                    SYARMIN AZREEN 
                    FATIN NAZIRA
                    NURAISYAH
                    ZUL HAFIZ
                    AHMAD SYAFIQ
                    ZAIMIRUL IKMAL
                    HANIF IZZUDIN
                    HAQEEM MURTAZDA
                    SHAHID HAQIM 
                    HAZIQ DANIAL 
                    LUQMAN HAKIM
                    
                 
                              



                           

Profil Sekolah








Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar atau nama ringkasnya SMK Taman Tuanku Jaafar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut, Seremban, N.Sembilan.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar memiliki 788 pelajar lelaki dan 754 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1542 orang. Ia mempunyai seramai 87 orang guru.

Pencapaian

  • Memenangi Gothia Cup (Bolasepak Perempuan)
  • Salah satu Sekolah Champion ( ICT )
  • 2013 - Merupakan sekolah yang pertama melaksanakan Program Sarana Ibu Bapa di Negeri Sembilan.
  • 2014 - Memenangi anugerah PIBG Terbaik peringkat kebangsaan.